Saturday, March 5, 2011

♫ Biodata Pengarang ♫

♫ HARTINI HAMZAH ♫


1. Beliau dilahirkan pada 3 September 1970 di Selama, Perak Darul Ridzuan.

2. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP' Purun, Triang, Pahang.
3. Setelah tamat pendidikan menengah, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi MARA. Seterusnya memperoleh sijil perguruan asas pada tahun1996.
4. Beliau kini berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, Bera, Pahang Darul Makmur.
5. Beliau berpengalaman menjadi pendidik selama 8 tahun di sekolah menengah dan telah berada di sekolah kebangsaan selama 6 tahun sehingga kini. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, sama seperti watak Farhana dalam novel Melunas Rindu. Beliau juga merupakan insan yang bersifat "easy going" saling tak tumpah seperti Farhana.
6. Selain novel Melunas Rindu, karya lain yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Fatin Nabila (1991),Sesudah Mendung Berlalu (1992), Pia(1998), dan Merentas Kabus (2002).
7. Novel Fatin Nabilatelah menerima hadiah sagu hati kategori Novel Remaja pads sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991.
8. Novel Pia memenangi tempat pertama kategori Novel Remaja sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1997.
9. Cerpen beliau yang berjudul Sesudah Mendung Berlalu pula telah memenangi hadiah utama kategori Cerpen Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991.